Monday, 20 May 2013

Buku - 40 Teknik Rasulullah (s.a.w) Mengajar







RASULULLAH PENDIDIK TERULUNG

Rasulullah Pendidik Terulung, merupakan sebuah buku yg telah diterjemahkan oleh Dr. Hj. Shuhadak Mahmud yg merupakan seorang Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Cetakan pertama (Edisi Mesir) telah dilakukan pada Januari 2002. Kini ia diulang cetak dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.


40 Teknik Rasulullah Mengajar

Tajuk asal : 
Ar-Rasul Al-Mua'llim

Penulis : 
As Syeikh al-A'llamah al-Muhaddith al-Faqih
Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi

Penterjemah : 
Hj. Shuhadak Mahmud
Pensyarah Jabatan Syariah KUIS

Isi kandungan :

Buku ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian pertama membincangkan peribadi Rasulullah s.a.w. Bagaimana sejarah membuktikan keunggulan pengajaran oleh Rasulullah s.a.w. Kesempurnaan peribadi Baginda dalam aspek pendidikan & pengajaran. Juga membincangkan betapa indahnya akhlak Baginda dalam menyampaikan ilmu kepada umat pada zaman itu.

Bahagian ke dua pula menerangkan 40 teknik, bagaimana Rasulullah s.a.w mengajar. Kaedah-kaedah penyampaian, menjawab soalan dan perbincangan. Buku ini sangat sesuai untuk para pendidik yang sedang mencari-cari kaedah terbaik untuk mendidik anak bangsa. Rasulullah s.a.w adalah ikutan yg terbaik. Teknik pengajaran berlandaskan kepada sunnah Baginda pastinya sesuai di sepanjang zaman.

Milikilah sekarang! 

Harga : RM28.00

No comments:

Post a Comment